BONJOUR! Cava et toi..?

Je t'aime beacoup!!!



Tuesday, March 2, 2010

please read n give comment......

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

4 comments:

  1. penggunaan ICT dalam p&p sgt significant dalam bidang pendidikan.ia telah digunakan hampir di seluruh buah sekolah kerajaan di malaysia dan ini dapat dibuktikan dengan penggunaan komputer di dalam bilik darjah atau di makmal-makmal kompter. P&p menjadi lebih menarik dan pelajar-pelajar akan lebih fokus dalam proses pembelajaran mereka di bilik darjah.ini kerana, terdapat pelbagai pendekatan yg digunakan oleh guru dalam bilik darjah yg mana mereka menggunakan visual dan audio yg terkini ketika prose p&p. ia mampu mengalihkan perhatian pelajar yg kurang minat menjadi lebih berminat dalam sesuatu subjek.

    ReplyDelete
  2. saya amat bersetuju pendapat yang mengatakan bahawa ict merupakan salah satu bahan mengajar yang amat berkesan dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah.pada zaman yang serba canggih ini,sepatutnya guru dapat menguasai ict dengan sempurna KERANA ict merupakan keperluan pada masa kini dan pendidik yang cakna akan sentiasa ingin belajar menambah ilmu pengetahuan.......

    ReplyDelete
  3. Dalam era globalisasi kini penggunaan BBM yang menarik amat dituntut untuk menarik minat para pelajar untuk memberi pendekatan yang terbaik untuk sesuatu subjek.ICT merupakan BBM yang sememangnya dipercayai dapat membantu para pelajar menjana ilmu serta mendapatkan maklumat yang pelbagai segera tanpa perlu menunggu hari esok.Namun para guru harus bersama bertindak sebagai fasilitator agar para pelajar tidak kaku dan kekok serta tidak menyalahgunakan kemudahan ini seterusnya mencipta kejayaan yang gilang gemilang!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya sangat bersetuju dengan artikel ini.. pengguanaan ict dalam p&p banyak mendatangkan kesan positif kepada pelajar dan guru.. oleh itu, mereka haruslah melengkapi diri mereka dengan kemahiran tersebut agar ia dapat digunakan dengan cara yang terbaik untuk mencapai kesempurnaan dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar ini...

    ReplyDelete